Wednesday, July 21, 2010

Bagaimana pemilihan negara tuan rumah Piala Dunia FIFA dilakukan?

Sejak penganjuran pertama, process pemilihan negara tuan rumah adalah berbeza berbanding sekarang. Sebelum ini sistem pembidaan digunakan dan negara-negara yang berminat akan menawarkan berbagai pakej yang menarik untuk penganjuran kepada FIFA. Keadaan ini menyebabkan beberapa negara yang kurang berkemampuan akan menarik diri dan negara yang berjaya akan menjadi penganjur.


Pemilihan secara sistem ini telah dipraktikkan pada penganjuran 1930 dan 1958 dan kebiasaannya dimenangi oleh negara-negara dari benua Eropah dan Amerika Selatan. Dan pada penganjuran 1962 hingga 1998 dimenangi oleh negara yang dominan pada masa itu iaitu dari Eropah dan Amerika. Dominasi ini akhirnya dipecahkan oleh Korea Selatan dan Jepun pada tahun 2002.

Pada masa ini pemilihan negara tuan rumah dilakukan 7 tahun lebih awal dari tahun kejohanan. Undian pula dilakukan oleh Jawatakuasa Eksekutif FIFA dan negara yang mendapat undi terbanyak akan dipilih.

Sistem undian boleh-ubah diperkenalkan dengan merujuk kepada garis panduan pemilihan keatas negara-negara yang menawarkan diri adalah layak atau tidak untuk menganjurkan kejohanan.

Bermula dengan tahun 2010 dan 2014 FIFA telah menetapkan Polisi Pusingan Benua dengan 2010 diberikan pada benua Afrika dan 2014 untuk benua Amerika Selatan. Tetapi polisi ini telah dimansuhkan serta merta untuk pemilihan seterusnya. Dengan menukar syarat mana-mana negara boleh menawarkan diri sekiranya benua mereka tidak menjadi tuan rumah untuk dua kejohanan terdahulu. Oleh sebab itu untuk kejohanan 2018 semua negara kecuali dari benua Afrika dan Amerika Selatan boleh menawarkan diri.

Senarai negara-negara penganjur dan juara sejak 1932.
Year           Host                                 Winners

1930         Uruguay                              Uruguay
1934           Italy                                    Italy
1938         France                                  Italy
1950          Brazil                                Uruguay
1954       Switzerland                        Jerman Barat
1958         Sweden                                Brazil
1962           Chile                                  Brazil
1966         England                              England
1970         Mexico                                Brazil
1974      Jerman Barat                   Jerman Barat
1978       Argentina                            Argentina
1982         Spain                                   Italy
1986        Mexico                              Argentina
1990        Italy                                Jerman Barat
1994        USA                                  Brazil
1998        France                               France
2002     Korea Republic & Japan       Brazil
2006         Jerman                              Italy
2010      Afrika Selatan                      Spain
2014       Brazil                                   ???