Tuesday, October 26, 2010

Salahlaku pemain bolasepak diluar padang.

Pemain pertahanan West ham Manuel da Costa ditahan polis kerana disabitkan dengan kesalahan gangguan seksual pada 21 Oktober lalu.

Pemain tengah Wigan Charles N’Zogbia telah disabitkan dengan kesalahan mengupah seseorang untuk menggantikannya didalam ujian memandunya pada 22 Oktober lalu.

Penyerang Blackpool DJ Chambell telah disiasat polis pada 28 April 2010 atas dakwaan menikam seorang lelaki di luar sebuah kelab malam.

Pemain muda Arsenal dan England Jack Wilshere ditahan polis pada 29 Ogos 2010 kerana terlibat didalam satu pergaduhan jalanan.

Seorang lagi penyerang muda Arsenal Craig Eastmond ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh keatas seorang wanita pada 16 Oktober 2010.

Pertahan Sunderland Titus Bramble ditahan pada 23 September 2010 atas tuduhan merogol seorang wanita disebuah hotel di Newcastle.

Penyerang Newcastle Andy Caroll telah ditahan dan didenda atas kesalahan bergaduh disebuah bar pada 24 Oktober lalu.