Monday, July 11, 2011

Gol dari sepakan sudut : David Beckham

Saksikan bagaimana David Beckham berjaya menghasilkan gol melalui sepakan penalti untuk kelabnya LA Galaxy. Dia terlihat penjaga gol pasukan lawan sedikit off position menampakkan ruang gol yang sedikit terbuka. Dengan membuat sepakan tersebut dia mengharapkan mana-mana pemain LA Galaxy akan menanduknya masuk ataupun terjadi pergelutan di gawang gol untuk menghasilkan gol. Tanpa dijangka bola tersebut telah melantun ke gawang.

Pemain kita juga pernah menghasilkan gol seperti ini ketika dahulu, tetapi maaf tiada vt untuk diberikan, pemain yang dimaksudkan adalah Azizul Abu Hanifa yang pernah bermain untuk Perak pada suatu ketika dahulu.

Thursday, May 26, 2011

Pilihan umum Pengurus Terbaik EPL 2010-11

Untuk mengundi sila ke Sini. Maaf sekiranya web sudah ditutup.

Friday, December 17, 2010

10 Pemain Muda England yang menyinar musim ini

Berikut adalah nama yang dikenalpasti antara pemain remaja yang berjaya menyinar di EPL pada tahun ini.

1. Gareth Bale (Tottenham) Age 21
Bermain dibahagian kiri dan boleh berada pada posisi pertahanan atau bahagian tengah. Mula mendapat tempat didalam pasukan utama Tottenham pada pertengahan musim 09/10. Berjaya menghasilkan 7 gol daripada 53 permainan dengan Tottenham. Secara fizikalnya adalah seorang pemain yang kuat, pantas dan menakjubkan. Mempunyai hantaran bola yang baik selain kemampuan untuk menjaringkan gol.

2. Jack Wilshere (Arsenal) Age 18
Pada usianya yang hanya 18 tahun pemain tengah ini sudahpun berada di kesebelasan Arsenal. Berjaya menunjukkan prestasi yang baik ketika dipinjamkan kepada Bolton musim lepas. Walaupun hanya bermain dengan 8 perlawanan bersama Arsenal, ia sudah mampu memikat perhatian Fabio Capello untuk eksperimentasi ke skuad England. Walaupun bertubuh kecil tetapi dia adalah seorang pemain yang mempunyai teknik yang baik dan matang.

3. Phil Jones (Blackburn) Age 18
Jones juga dijangkakan akan menjadi pilihan untuk mengangotai skuad England suatu hari nanti. Walaupun bermain sebanyak 15 perlawanan bersama Blackburn, pemain 18 tahun ini kematangan sebagai pemain semakin terserlah. Seorang pemain yang serba boleh dimana dia boleh berfungsi di bahagian tengah pertahanan ataupun midfield. Pada masa ini adalah pemain utama skuad 21 tahun England dibawah bimbingan Stuart Pearce dan menjadi sasaran beberapa kelab ternama di EPL.

4. Marc Albrighton (Aston Villa) Age 20
Bermain dibahagian sayap kanan adalah antara pemain yang menyerlah di Aston Villa yang kehilanagan James Milner di bahagian tersebut. Adalah anak tempatan menunjukkan persembahan yang baik untuk perlawanan Aston Villa. Walaupun kekurangan pengalaman, keyakinan dan kebolehannya mendapat pujian di Villa Park. Berkebolehan untuk berlari dan melepasi halangan pertahanan lawan.

5. Andy Carroll (Newcastle) Age 21
Seorang penyerang sensasi ketika ini setelah berjaya meletakkan namanya sebagai antara penjaring terbanyak pada musim ini. Mula bermain pada musim lepas untuk Newcastle di liga Championship dan berjaya meledakkan 17 gol. Dijangkakan akan mendapat tempat untuk pasukan England dalam masa terdekat.

6. Seamus Coleman (Everton) Age 21
Setelah setahun dipinjamkan ke Blackpool pada musim lepas, pemain Ireland ini kini mula diberikan tanggungjawab untuk mengemudi serangan Everton setelah sekian lama berada di barisan pertahanan, dijangkakan dia akan menjadi pemain utama Everton untuk tahun-tahun mendatang.

7. Jordan Henderson (Sunderland) Age 20
Anak watan Sunderland yang menjadi hero tempatan. Pemain berusia 20 tahun ini berada diposisi midfield sudahpun bermain sebanyak 40 perlawanan liga Sunderland dan adalah pemain U21 England. Steve Bruce mengakui dia menyukai perkembangan Henderson dibawah bimbingannya dan Henderson juga dikatakan menjadi perhatian beberapa kelab gergasi EPL yang lain.

8. Jack Rodwell (Everton) Age 19
Walaupun berusia yang muda dia sudah mengharungi 49 perlawanan EPL. Chelsea dan Manchester United kini dikatakan sedang mencuba untuk membawa pemain ini kesana. Tahap permainannya sekarang dikatakan tidak menunjukkan yang dia adalah muka baru yang diperkenalkan ke EPL. Kelebihannya bermain dibahagian pertahanan tengah dah midfield amat memberangsangkan. Dikatakan Rodwell adalah hasil kejayaan akademi bolasepak Everton iaitu akademi yang sama menonjolkan Wayne Rooney.

9. Josh McEachran (Chelsea) Age 17
Walaupun masih terlalu muda dia sudah pun meloloskan dirinya ke skuad utama Chelsea daripada sistem pembangunan remaja Chelsea seperti yang dilakukan oleh John Terry sebelum ini. Pemain midfield daripada Oxford ini dijangkakan akan membarisi skuad utama Chelsea sedikit masa lagi dengan bakat besarnya.

10. Kieran Gibbs (Arsenal) Age 21
Arsenal yang memang terkenal dengan kemampuan mereka mendapatkan bakat muda di pertahanan kiri setelah sebelum ini menghasilkan nama-nama terkenal seperti Kenny Sansom, Ashley Cole dan Gael Clichy. Kini Kieran Gibbs pula disenaraikan, walaubagaimanapun masalah kecederaan merencatkan perkembangan pemain ini. Telahpun mewakili England tetapi Ashley Cole sentiasa menjadi pilihan utama Capello

Sunday, December 12, 2010

Tajaan jersi bolasepak termahal di dunia.

1: Barcelona - £25m setahun bersama Qatar Foundation


Pejanjian 5 tahun yang berharga £125m pada Desember 2010 menjadikan Barcelona sebagai pasukan terbaru yang berada di tempat pertama.Walaupun secara sukarelanya mereka selama 5 tahun memberi hak paparan tersebut kepada "Unicef" tetapi kini dengan tekanan kewangan di era bolasepak moden, mereka terpaksa memberikan hak tajaan kepada Qatar Foundation yang melakukan kerja-kerja amal untuk projek pendidikan di timur tengah.

2: Bayern Munich - £23.6m setahun bersama Deutsche Telekom


Deutsche Telekom sebagai syarikat telekomunikasi terulung di Eropah telah meneruskan komitmennya menaja Bayern Munich selama 3 tahun sehingga 2013.

3: Manchester United - £20m setahun bersama Aon


Manchester United membuat perjanjian dengan Agensi Perkhidmatan Kewangan Amerika AON selama 4 tahun dengan nilai £80m pada June 2009 bermula dengan kempen mereka pada 2010/11. Sebelum itu AIG telah menaja mereka dengan bayaran £14m setahun.

4: Liverpool - £20m setahun bersama Standard Chartered Bank


Liverpool telah menamatkan perjanjian jangka panjang mereka bersama pengilang Beer terkemuka Denmark Carlsberg dengan mengadakan perjanjian 4 tahun dengan Standard Chartered Bank pada Sept 2009. Sebuah bank yang disenaraikan di bursa kewangan London dan Hong Kong.

5: Real Madrid - £20m setahun bersama BWIN


BWIN, sebuah website perjuadian telah melanjutkan tajaan mereka untuk Real Madrid sejumlah $20m setahun selama 3 tahun.

Sunday, November 14, 2010

7 Kelab hari ini bermain untuk perlawanan ke-700 EPL

Arsenal, Aston Villa, Chelsea, Everton, Liverpool, Manchester United and Tottenham Hotspur telah pun berada di EPL sejak ia mula diperkenalkan pada musim 1992/93 iaitu sebanyak 19 kempen sehingga sekarang.

Everton and Manchester United adalah kelab pertama yang mencapai angka 700 perlawanan pada pertemuan kedua-dua pasukan pada 11th September lalu di Goodinson Park. Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 3-3.

Fakta EPL

Pada tiga musim yang pertama EPL disertai oleh 22 pasukan dengan setiap pasukan akan bertarung sebanyak 126 perlawanan semusim.

15 musim selepas itu sehingga sekarang jumlah pasukan telah dikurangkan kepada 20 pasukan.

Peningkatan jumlah penonton di Stadium meningkat daripada 70 peratus semasa EPL diperkenalkan kepada 92 peratus sekarang.

Kadaran mata negara UEFA untuk FIFA telah berubah daripada ke 9 kepada pertama.

Pada musim pertama EPL siaran antarabangsanya hanya dipancarkan ke sebuah negara berbanding kini telah mencapai 90 buah negara.

Pencapaian.
Man Utd telah memenangi 11 kali kejuaraan, Arsenal dan Chelsea 3 kali dan Blackburn Rovers sekali pada 1994/95.

United tekah memperolehi kemenangan terbanyak (451), menjaringkan gol terbanyak (1382), menyimpan rekod clean sheets terbanyak (313) dan mengumpul 1501 mata sepanjang kempen.

Sejak United memenangi kejuaraan EPL pertama, jumlah negara-negara yang diwakili oleh pemain pada saingan utama meningkat dari 33 ke 65.

Tuesday, October 26, 2010

Salahlaku pemain bolasepak diluar padang.

Pemain pertahanan West ham Manuel da Costa ditahan polis kerana disabitkan dengan kesalahan gangguan seksual pada 21 Oktober lalu.

Pemain tengah Wigan Charles N’Zogbia telah disabitkan dengan kesalahan mengupah seseorang untuk menggantikannya didalam ujian memandunya pada 22 Oktober lalu.

Penyerang Blackpool DJ Chambell telah disiasat polis pada 28 April 2010 atas dakwaan menikam seorang lelaki di luar sebuah kelab malam.

Pemain muda Arsenal dan England Jack Wilshere ditahan polis pada 29 Ogos 2010 kerana terlibat didalam satu pergaduhan jalanan.

Seorang lagi penyerang muda Arsenal Craig Eastmond ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh keatas seorang wanita pada 16 Oktober 2010.

Pertahan Sunderland Titus Bramble ditahan pada 23 September 2010 atas tuduhan merogol seorang wanita disebuah hotel di Newcastle.

Penyerang Newcastle Andy Caroll telah ditahan dan didenda atas kesalahan bergaduh disebuah bar pada 24 Oktober lalu.

Wednesday, August 18, 2010

Kenali Bola di Piala Dunia.

Berikut adalah evolusi penggunaan bola pada kejohanan Piala Dunia.







Piala Dunia 1930 di Uruguay.
Piala Dunia 1934 di Itali.














Piala Dunia 1938 di Perancis.


















Piala Dunia 1950 di Brazil.
















Piala Dunia 1954 di Switzerland.
















Piala Dunia 1958 di Sweden.














Piala Dunia 1962 di Chile.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Piala Dunia 1966 di England.
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
Piala Dunia 1970 di Mexico.



Gelaran : Telstar-Adidas












Piala Dunia 1974 di Jerman.


Gelaran : The Telstar Durlast-Adidas







 
 
 
 
 
Piala Dunia 1978 di Argentina.
 
Gelaran : Tango Durlast-Adidas
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
Piala Dunia 1982 di Sepanyol.
 
Gelaran : Tango Espana-Adidas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Piala Dunia 1986 di Mexico.
 
Gelaran :  Azteca Mexico-Adidas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Piala Dunia 1990 di Itali.
 
Gelaran  :  The Unico Etrusco-Adidas
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.
 
Gelaran : Questra-Adidas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Piala Dunia 1998 di Perancis.
 
Gelaran :  Tricolore-Adidas
 
 
 
 
 
 
 
 






Piala Dunia 2002 di Korea Selatan - Jepun.

Gelaran :  Fevernova-Adidas












Piala Dunia 2006 di Jerman.

Gelaran : Teamgeist- Adidas











Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Gelaran  :  Jabulani-Adidas